Hai guys! Harini gg nak share recipe kek brownies yang memang confirm jadi lah inshaAllah. I've tried this recipe for the first time and it turns out very delicious. So, orang lain buat mesti jadi punya kalau betul-betul ikut sukatan dia. Sebenarnya, ini kali pertama cuba buat kek. Alhamdulillah menjadi lah untuk beginner, bangga lah juga. Hehehe. Now, dah buat berkotak-kotak brownies dah. Alright, first of all, let me introduce bahan-bahan brownies kedut.
Resipi Brownies Kedut 8 inchi
Bahan-bahannya ialah jeng jeng jeng...
- 113g Butter - Buttercup
- 2 biji Telur - Gred A
- 75g Tepung self raising - Jenama Bluekey
- 130g Gula perang
- 260 g Dark coklat - Guna Beryls tau baru sedap (Coin boleh Bar pun boleh)
- 1 sudu kecil Esen Vanila - Guna penutup dia pun boleh
Cara-cara Memasak
- Pukul 2 biji telur ke dalam bekas adunan. Kemudian, masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati menggunakan mixer/hand whisk mixer. Masukkan gula perang dan mix hingga sebati.
- Cairkan butter dan dark coklat dalam microwave, bekas berasingan ye (1 minit sahaja sampai dia cair, kalau lama sangat nanti coklat kering).
- Campurkan butter ke dalam bekas adunan,gaul sebati. Kemudian, masukkan campurkan coklat yang telah dicairkan ke dalam adunan, gaul sebati. #campurkan panas-panas pun boleh
- Langkah terakhir, ayak tepung dahulu biar tidak berketul dan campurkan tepung yang telah disukat dan diayak ke dalam bekas adunan dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan oven/ketuhar selama 10 minit.
- Sediakan loyang 8 inchi, dialas dengan baking paper. Sapukan butter/margerine keliling loyak biar brownies tidak melekat. Kemudian, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan ratakan.
- Bakar brownies selama 30 minit dengan suhu 190.
Cara nak tahu brownies dah masak ke belum?
- Cucuk menggunakan lidi. Kalau bersih, maknanya dah masak lah tu.
Kalau oven dah bunyi ketinggg ( dah siap ), apa perlu buat?
- Buka pintu oven sedikit dan biarkan brownies sejuk dahulu dalam 15 minit.
- Biarkan brownies selama 30 minit di luar, kemudian telangkupkan brownies di papan dia, dan telangkupkan sekali lagi di papan lain. Panas-panas jangan telangkupkan dulu nanti kulit atas dia melekat pada papan, tak lawa dah :(
- Bila brownies dah lawa atas papan/cake board, hiaskan lah atas dia dengan nutella/kacang.
Taraaa inilah brownies yang gg pernah buat. Sedaaaap!
Gg kasi close up sikit brownies nya ya hehehe
Hope you guys punya brownies pun menjadi lah. Good luck okay! Kalau ada pertanyaan, boleh comment kat bawah ya. Have a good day everyone <3
Labels: byDapurGG
6 Comments posted :
bestnya brownies. nanti nak buat lepas raya la hehe
boleh2 @Silah Hassy..mudah2an menjadi browniesnya ye hehe
Ya ampunnn... menggodanya.. terima kasih sebab share resipi ni...
http://atikahtahir.blogspot.com/
@atikahtahir sama2 awk.. nampak sedap lagi2 bulan puasa hehe
brownies nya cantik ;__; pakai nutella juga sedap
@Meutia terima kasih. ya betul, sedap sangat guna nutella. untuk other choice yang lagi murah boleh guna chocolate spread gardenia hihi