Thursday, 21 May 2020 • May 21, 2020 • 16 Sweet hearts
Alkisah... Sedang gg berbual bual dengan ibu. Tiba-tiba, ibu gg tanya gg pandai gubah bunga tak? Gg dengan berlagaknya cakap mestilah pandai, dulu masuk pertandingan gubah bunga kot! (eceh padahal kalah #boo) Hahaha. Maka bermula lah idea gila ibu gg suruh gg gubahkan bunga orkid dia. Padahal entah pandai ke tidak aku ni, gg mampu bisik dalam hati je; yelaa sebab tengok ibu dah excited sangat gamaknya. Kalau tak jadi ni mati aku kene sumpah jadi bunga ekeke. Pada suatu pagi yang panas ting ting, gg ajaklah ibu gg pergi guardian sebab gg nak beli haircare product yang tengah sale. Ibu gg cakap boleh, dengan syarat gubahkan bunga orkid untuk dia. Gg pun layankan lah temankan dia pergi kedai bunga, pilih orkid yang berkenan di hati sambil belek-belek pokok orkid yang dah siap di gubah. Kata ibu, mahal kalau beli yang dah siap. Satu pasu yang 3 tangkai orkid je standard harga RM180. Mak aih, terkejut gg masatu. Terus semangat nak gubahkan, mana tahu kot2 ibu bagi upah lebih sikit. Hehehe Secara logiknya, memang padanlah harga dia dengan kos-kos barang. Bagi penggemar orkid, mesti tahu mahalnya level mana. Kos buat sepasu 3 tangkai orkid sahaja mencecah RM80. Gila tak gila? Hahaha. Sesampainya gg di rumah, bermula lah projek gubah orkid, berhari-hari juga dikerjakan ibu. Haih nasib baik lah ibu sendiri. Haha. Gg belajar gubah orkid melalui youtube sahaja. Lebih mudah faham sebenarnya melalui Youtube berbanding hanya membaca blog-blog orang lain. Okay gais. So, for today, gg nak share how to gubah bunga orkid with the simplest instruction. InshaAllah mudah faham dan boleh buat sendiri.
Cara-cara menggubah Bunga Orkid Paling Simple:
Ini contoh yang gg dah buat. Nampak real kan lumutnya? Hihi Part lenturkan tangkai ini agak mencabar Bengkokkan lebihan batang serapatnya. Dalam gambar ini tak rapat. Kemudian, pacak terus ke pasu. Mempersembahkan Gubahan Bunga Orkid CikGG... jeng jeng jengOrchid 2 Stalks pattern! Orchid 3 stalks Pattern 1 Orchid 3 stalks Pattern 2 Orchid 4 stalks Pattern 1 Orchid 4 stalks Pattern 2 Orchid 4 stalks Pattern 3 ! Orchid ni mahal sedikit harganya, lebih berkualiti. Orchid 9 stalks Pattern 1Yang 9 tangkai orkid ni serius mencabar. Seharian juga gg duk gubah sebab tak tahu mana gaya yang betul. What gg has learnt from gubah bunga ni, pattern dia depends on lentok tangkai bunga orkid, ketinggian dia and kita lentokkan tangkai bunga follow which side kita nak view dia. Alhamdulillah jadi dan ibu suka. Jimatlah duit ibu tak payah beli bunga orkid dengan orang lain. Banyak kan? Kata ibu, biarlah... Meriah sikit rumah, dah nak raya kan? Hihihi. Gg ambil masa 3 hari nak buat semua ini. Amacam? Cantik tak? Untuk beginner macam gg, boleh lah kan? Lulus lah ni kalau mak mertua tengok. Eh tiber. I hope you guys can get something beneficial from this post. Boleh lah gubah bunga orkid sendiri kat rumah, boleh beri sebagai hadiah kepada ibu ke ibu mertua ke sempena hari jadi ke hari ibu ke, confirm para ibu ni suka. Hihi. That's all from gg. Love xoxo! Labels: TutorialsByGG |
About Me ♥
♥ Anis Najiha |
16 Comments posted :
Alhamdulillah. Bila ibu GG puas hati dan gembira maknanya OK la tu.
Wahhh kreatifnya! Ni kalau tunjuk kat mak kita ni mesti laju je dia nak buat huhu
pernah buat gubahan hantaran guna orked. lawa tapi yg plastik pun agak mahal dari bunga lain sebab dia cantik melentok lentok hahaha. btw nice entri!
Kreatif dan menarik sekali... nanti bolehlah hiaskan gubahan orkid ini di rumah... okay, nak cuba juga...
wahhh... cantik....kalau sy yg buat xtau lagi jadi cam mana XD
pandainyaaaaa. if it's me, i don't know how it'll turn out. haha
eh hebat! cantik macam orang kedai buat. serius hebat! i dont have that kind of talents
rajinnyaa..kalau saya main cucuk je ni..hahaha
Wahh cantiknyaa ..nmpk mahal tu
Comel2 semua gubahan orkid😊
CANTIK JUGA KREATIFITASNYA...MANTAP...#30
@PerduCinta Alhamdulillah lah.. ibu suka hihi
@NinjaBlogging Kalau tunjuk nanti mesti awak pulak yang kene buat hahaha
@Naja thanks naja! wah bagusnya buat hantaran sendiri. Orked mmg cantik :)
@Mazharalti Good luck sis buat kat rumah. inshaAllah jadi hehe
@Nurul Husna terima kasih husna :) alaa buat pelan2 jadi punya haha
@Ray thanks dear. eh belum cuba buat belum tahuuu. mana tahu kot2 tangan tu berseni XD
@Anna thanks anna :) ini pun belajar dari contoh gambar2 kat insta fb semua. you'll find your other great talents one day!
@TiaraSapphire hahaha ikut je kemahuan ibu ni. ala ni pun cucuk2 jugak XD
@CikCappucinoLatte Thanks dear! hehe
@Haziqah masheh haziqah! :)
@RiyanLaiyan thanks bro. bisa dicuba lain hari.
wahhh! Hebatnya GG. Lepas ni ajar lah gubah bunga rose pula GG.
Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
Hubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis